Monday, October 7, 2013

Cadangan Penubuhan persatuan Alumni SK Ngee Heng (Ngee Heng Old Boys Association)

Kami mewar-warkan kepada semua bekas pejalar SK Ngee Heng atau dahulunya dikenali sebagai Ngee Heng Primary School untuk mengganggotai Persatuan Alumni yang akan ditubuhkan pada tahun 2014.

Sebagai sebuah sekolah yang telah lama ditubuhkan sejak 1928, SK Ngee Heng telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat  diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut. Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas. Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajar- pelajar ini dalam satu organisasi.

Berikut digariskan beberapa cadangan objektif utama penubuhan Alumni:

1. Mengeratkan hubungan antara bekas pelajar dengan bekas pelajar dan  antara bekas pelajar dengan pihak sekolah.

2. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.

3. Menaikkan semula prestasi sekolah melalui pelbagai jenis bentuk sumbangan yang mungkin dari pihak bekas pelajar.

4. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian.

5. Menjadi satu saluran selain PIBG untuk  menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.

6. Menjadi kaki dan tangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

7. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.

Sila isi borang pendaftaran ini jika saudara berminat untuk menyumbang semula kepada sekolah saudara.