Thursday, July 26, 2012

Aktiviti Bulan Ramadhan..

Salam Ramadhan kami warga SK Ngee Heng Johor Bahru ucapkan kepada seluruh umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya.Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubaraq yang mulia ini,satu aktiviti Tadarus Al Quran telah dijalankan antara guru dan murid setiap kali waktu rehat untuk mengisi waktu rehat dengan aktiviti kerohanian.Program ini dijalankan setiap hari bagi mengimarahkan lagi bulan yang penuh keberkatan ini.Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar setakat ini.

Sunday, July 15, 2012

Sukantara Peringkat Sekolah

Pada 27 Jun dan dan 4 hb Julai yang lepas, telah berlangsung Sukantara Peringkat Sekolah. Pelbagai acara padang dan balapan yang dipertandingkan. Antaranya ialah lari 100 meter, 50 meter, lontar peluru, lompat jauh dan juga lompat tinggi. Murid mempamerkan semangat sukan yang tinggi. 

 Murid tengah menikmati makan tengahari.
 Guru-guru pun tengah menikmati makanan. Semangat nye Pn Ng tengah makan.
 Caalishini dan rakan-rakan khusyuk mendengar taklimat daripada guru SU sukan.
 Yasin tengah mencuba acara lompat tinggi dengan gayanya.
 En Muzammil tengah memberi penjelasan cara melontar peluru.
 Giliran saya pulak!!
 Lompat jangan tak lompat!!!!!
 Sedia....Lari......
 Starshini tengah melihat pesaingnya di kiri dan kanan.
Murid lari sekuat hati sehingga garisan penamat...

Tuesday, July 3, 2012

Perubahan sedikit demi sedikit dan berterusan

Salam dan selamat sejahtera. Selamat kepada Juruteknik, Yusuf Nawai dan Cikgu Zainon yang kembali sihat dan menyambung semula tugasan hari ini. Sesuai dengan tajuk, blog ini telah ditambah dengan layout blogroll yang berada disebelah kanan. Jika anda mempunyai masa untuk berjam-jam melayari facebook, anda pasti mempunyai masa untuk melayari blog-blog yang disenaraikan. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan input yang didapati daripada blog yang disenaraikan, insyaAllah.