Sunday, April 15, 2012

Updates!!

Salam. Buat pertama kalinya, hasil perbincangan antara Juruteknik dan GPM, kami telah menyusun lebih daripada 30 perkara yang perlu dibuat untuk mengindahkan dan menaiktaraf PSS. Berikut akan saya lampirkan perkara yang telah dibincangkan khas untuk GPM diluar sana membuat rujukan.

Monday, April 9, 2012

VISI DAN MISI


VISI SEKOLAH

         SEKOLAH KEBANGSAAN NGEE HENG                      JOHOR BAHRU

                        SEKOLAH UNGGUL PENJANA 
                           GENERASI TERBILANG





MISI SEKOLAH




  •      MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI





OBJEKTIF SEKOLAH
  • Meningkatkan keputusan peperiksaan UPSR ke tahap yang cemerlang.
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengadakan kursus peningkatan profesionalisme.

Sunday, April 8, 2012

KEM KECEMERLANGAN DAN MOTIVASI

Pada 30-31 hb Mac 2012, gabungan 3 sekolah kategori SKM iaitu Sk Ngee Heng, Sk (P) Bandar Tinggi, dan Sk Ayer Molek telah mengadakan Kem Kecemerlangan Dan Motivasi di SK (P) Bandar Tinggi. Kem yang berlangsung sepanjang 2 hari 1 malam adalah bertujuan untuk memberikan murid-murid teknik menjawab soalan dan memotivasikan mereka menjadi seorang pelajar yang bijak lagi cerdik.











Thursday, April 5, 2012

LOKASI



LOGO SEKOLAH


RAJIN, USAHA, JAYA

Sek. Keb. Ngee Heng:Nama Sekolah.
Bentuk Perisai:Perpaduan bangsa.
Rajin, Usaha, Jaya:Pegangan motto sekolah.
Obor:Semangat membara untuk berjaya.
Buku:Bercita-cita berjaya belajar ke peringkat yang tinggi.
Kuning:Taat kepada raja, agama, dan negara.
Putih:Kecerdikan.
Biru:Cinta akan tanah air.
Merah:Keberanian dan kecekalan.

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

Tapak perhimpunan pagiPandangan sisi sekolah



Sekolah  Kebangsaan Ngee Heng Johor Bahru telah dibuka pada tahun 1920. Bahasa pengantarnya adalah dalam Bahasa Inggeris dan dinamakanNGEE HENG ENGLISH SCHOOL.


Asal bangunan sekolah ini terletak dipersimpangan Jalan Abdul Rahman Andak dengan Jalan Draper. Dalam tahun 30-an, sekolah ini dipindahkan ke Jalan Glendening.


Selepas tahun 1946, sekolah ini telah dinamakan NGEE HENG PRIMARY SCHOOL(2). Pentadbirannya dibahagikan kepada dua orang Guru Besar.


Pada tahun 1973  apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan, sekolah ini dinamakan SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN NGEE HENG. Sekolah ini ditadbir oleh seorang Guru Besar sahaja.

Pada tahun 1982, sekali lagi sekolah ini dipindahkan ke bangunan yang digunakan sekarang. Bangunan ini terletak di Jalan Abdul Rahman Andak. Sekolah ini terdiri daripada satu bangunan batu dan satu bangunan papan. Bangunan lama telah dijadikan PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU.

Sejak kewujudan sekolah ini, sehingga sebelum Tanah Melayu diperintah oleh Jepun, Guru Besar – guru besarnya  terdiri daripada orang – orang Inggeris. Anak Melayu yang pertama memegang jawatan Guru Besar di sekolah ini ialah EN. SAMSUDDIN B. ABBAS pada tahun 1984.

Sekolah ini telah melahirkan ramai negarawan, ahli akademik, ahli politik, doctor, peguam, arkitek dan ramai lagi dalam bidang – bidang tertentu.

Antara murid – murid tua sekolah ini yang terkenal ialah Almarhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail (Sultan Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim), Allahyarham Tun Hussein b. Onn (Perdana Menteri Malaysia ke -3), Tan Sri Musa b. Hitam (Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tan Sri Mohammad b. Rahmat (Bekas Menteri Penerangan Malaysia),Allahyarham Dato’Haji Yunus b. Sulaiman (Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor) dan Prof. Diraja Ungku Abd. Aziz b. Abd. Majid(Bekas Naib Canselor Universiti Malaya)

Pandangan dari padang sekolahBelakang bangunan



MURID-MURID TUA SEKOLAH YANG TERKENAL
Almarhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ( Sultan Negeri Johor Darul Taazim )
Allahyarham Tun Hussein Bin Onn ( Perdana Menteri Malaysia ke-3 )
Tan Sri Musa Bin Hitam ( Bekas Timbalan Perdanan Menteri )
Dato' Mohammad Bin Rahmat ( Bekas Menteri Penerangan Malaysia )
Allahyarham Datto' Haji Yunus Bin Sulaiman ( Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor )
Prof. Di Raja Ungku Abd. Azizi Bin Abd. Majid ( Naib Canselor Universiti Malaya )
SENARAI GURU BESAR DARI TAHUN 1973 hingga SEKARANG
1. En P.V Kulaisingam                   (1973 - 1983)
2. En. P. Sivalingam                     (1983 -1984) 
3. En. Samsuddin B. Abbas            (1984 - 1986)
4. En. Abd. Rahman B. Awang        (1986 - 1987)
5. En. S.S Sidhu                          (1987 - 1989)
6. En. Embi B. Hj M. Yusof             (1989 - 1991)
7. En. Abd. Rashid B. Saaidun        (1991 - 1992)
8. En. S.S Sidhu                          (1992 - 1993)
9. En. Abd. Rashid B. Saaidun        (1993 - 1995)
10.En. Talib B. Omar                    (1995 - 1997)
11. Pn. Fuziah Bt. Hassan             (1997 - 1998)
12. En. Kamaruddin B. Abu Hassan (1998 - 2000)
13. Pn. Hjh Hamidah Bt. Sihap       (2001 - 2002)
14. Pn. Masitah Bt. Adenan           (2003 - 2004)
15. Pn. Too Sau Chan                       (2004-2009)
16.PN Hisah Binti Awang               (2009-2012)
17.PN Sh Zuraida Binti Syed Zain (Bermula 2012)