Monday, January 19, 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sebagai warga negara Malaysia dan prihatin terhadap pendidikan generasi muda, semua pihak diajak untuk membaca, mengkaji dan mengkritik secara positif tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Capaian boleh di dapati di sini

Monday, January 12, 2015

Dasar KPM

DASAR KPM : NKRA PENDIDIKAN
NKRA
" The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system"
" The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians"
" Our real work will begin as we make the transformation of government services happen"
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
  5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
  6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA - Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

*Kanak-kanak berkeperluan khas - didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:
" Sumber diperolehi dari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia "

Perjumpaan Motivasi Guru Besar, Cik Shariffah bersama Pelajar Tahun 6

Kelihatan Guru Besar, Cik Shariffah bersama Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn Hanisah memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajar Tahun 6 untuk terus berusaha dan mencapai keputusan cemerlang pada tahun 2015, insyaAllah.

Sunday, January 11, 2015

Sesi 2015 bermula

Asslamulaikum dan salam sejahtera.
Setelah sesi persekolahan ditunda selama seminggu dari terikh awal disebabkan memberi laluan kepada sekolah-sekolah di pantai timur yang terlibat dengan bencana banjir, hari ini sesi persekolhan 2015 bermula dengan hari yang separa cerah.

Kelihatan guru-guru amat ceria dan kehadiran ibu bapa yang menemani anak-anak mereka adalah suasana yang unik berlaku setiap kali sesi awal tahun bermula. Diharapkan tahun 2015 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat. Disertakan dibawah takwim 2015, doa dipermudahkan urusan, dan jadual gaji 2015




Sunday, February 9, 2014

Penyertaan pelajar SK Ngee Heng dlm Pertandingan Mural

Pada 26 Januari 2014 yang lepas, sekolah telah menghantar wakil dalam Pertandingan Mural sempena Sambutan Ulang Tahun ke 20 Bandaraya Johor Bahru. Mereka telah mendapat tempat saguhati kategori sekolah rendah. Tahniah kepada Cikgu Ng Yin Thien yang telah menjadi Guru Pengiring mereka.